Pengasas TikTok menduduki tangga teratas senarai terkaya China
Pengasas TikTok menduduki tangga teratas senarai terkaya China
Meskipun terpaksa menghadapi pergelutan undang-undang untuk aset mereka di Amerika Syarikat (AS), hasil kutipan global ByteDance meningkat 30 peratus pada tahun lepas kepada $110 billion, dan ini melonjakkan kekayaan Zhang ke tingkat teratas.
21 Januari 2025

Mengikut senarai tersebut, pengasas ByteDance Zhang Yiming adalah warga China terkaya dengan kekayaan peribadi bernilai $49.3 billion. Prestasi rakan beliau dalam bidang hartanah dan tenaga boleh diperbaharui pula kurang memuaskan.

Zhang, 41, mengundurkan diri sebagai ketua eksekutif ByteDance pada tahun 2021. Kini beliau adalah individu ke-18 yang dinobatkan sebagai rakyat China yang terkaya sejak 26 tahun Senarai Orang Kaya China dari Hurun pertama kali diterbitkan.

Beliau memintas pembekal botol air terbesar Zhong Shanshan yang telah turun ke tangga ke-dua apabila nilai kekayaan beliau turun 24 peratus kepada $47.9 bilion.

Meskipun terpaksa menghadapi pergelutan undang-undang untuk aset mereka di AS, hasil kutipan global ByteDance meningkat 30 peratus pada tahun lepas kepada $110 bilion, menurut Hurun, dan ini telah menambah kekayaan peribadi Zhang.

Tangga ke-tiga dihuni oleh pengasas Tencent, Pony Ma, manakala Colin Huang, pengasas PDD Holdings, turun satu anak tangga dari tangga ke-tiga tahun lepas, meskipun e-perniagaan beliau yang fokus kepada tema diskaun, Pinduoduo dan Temu, masih menunjukkan peningkatan hasil kutipan yang memuaskan.

Jumlah tokoh-tokoh bilionair telah menurun sebanyak 142 kepada 753, merosot lebih satu per-tiga dari puncak tahun 2021.

“Ekonomi dan pasaran saham China mengalami tahun yang sukar,” menurut pengerusi Hurun Report, Rupert Hoogenwerf.

Sektor hartanah dalam penurunan

Kejatuhan yang mendadak dalam nilai kekayaan dialami kebanyakannya oleh sektor hartanah China, ujar belia, manakala elektronik pengguna mengalami kenaikan yang pesat dengan pengasas Xiaomi Lei Jun menambah $5 bilion kepada kekayaan beliau pada tahun ini.

“Panel suria, bateri lithium dan pembuat EV telah mengalami tahun yang mencabar disebabkan persaingan yang sengit yang membawa kepada lebihan produk yang melampau serta dengan ancaman tarif yang menambah kepada ketidakpastian,” kata Hoogewerf yang juga merupakan ketua penyelidik senarai Hurun.

“Pembuat panel suria melihat kekayaan mereka menjunam sedalam 80% dari puncak 2021, manakala bateri dan pembuat EV masing-masing turun sebanyak 50% dan 25%.”

SUMBER: Reuters


Intai TRT Global. Kongsikan maklum balas anda!
Contact us