Berita
3 min membaca
Ultimatum Trump kepada BRICS: Kekal dengan dolar atau hadapi tarif 100%
Donald Trump memberi amaran kepada ahli-ahli BRICS termasuk Brazil, Rusia, India, China, dan Afrika Selatan terhadap sebarang tindakan yang boleh menggugat "dolar AS yang gagah perkasa", dengan menyatakan bahawa mana-mana negara yang mencubanya "boleh ucapkan hello kepada tarif, dan selamat tinggal kepada Amerika."
Ultimatum Trump kepada BRICS: Kekal dengan dolar atau hadapi tarif 100%
Donald Trump memberi amaran kepada BRICS untuk tidak mengugat dolar AS.
4 Februari 2025

Presiden AS Donald Trump telah memberi amaran kepada negara-negara anggota BRICS agar tidak menggantikan dolar AS sebagai mata wang simpanan dengan mengulangi ancaman tarif 100 peratus yang dibuatnya beberapa minggu selepas memenangi pilihan raya presiden pada bulan November.

"Kami akan meminta komitmen daripada negara-negara yang kelihatan bermusuhan ini bahawa mereka tidak akan mencipta mata wang BRICS baharu, atau menyokong mana-mana mata wang lain untuk menggantikan Dolar AS yang perkasa. Mereka akan berhadapan dengan tarif 100 peratus," kata Trump pada hari Khamis dalam satu kenyataan di Truth Social.

Kumpulan BRICS termasuk Brazil, Rusia, India, China, dan Afrika Selatan, serta beberapa negara lain yang menyertai dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Kumpulan ini tidak mempunyai mata wang bersama, tetapi perbincangan yang telah lama berlangsung mengenai subjek tersebut telah mendapat momentum selepas Barat mengenakan sekatan ke atas Rusia berikutan perang di Ukraine.

"Tiada peluang BRICS akan ganti dolar AS dalam perdagangan antarabangsa, atau di mana-mana sahaja, dan mana-mana negara yang mencuba harus ucapkan hello kepada Tarif, dan selamat tinggal kepada Amerika!" katanya.

Trump memberi amaran kepada BRICS ketika Kanada dan Mexico menunggu keputusannya untuk melaksanakan janji mengenakan tarif 25 peratus ke atas rakan dagang Amerika Utara AS bermula 1 Februari.

Trump mahu menggunakan tarif sebagai alat untuk membuat Mexico dan Kanada membantu menghalang aliran dadah haram ke AS, terutamanya opioid fentanyl yang merbahata, dan juga migran yang memasuki AS.

Dolar kekal kukuh

Dominasi dolar — peranan besar dolar AS dalam ekonomi dunia — telah menguat baru-baru ini disebabkan ekonomi AS yang kukuh, dasar monetari yang lebih ketat, dan risiko geopolitik yang meningkat, walaupun pemecahan ekonomi telah mendorong negara-negara BRICS untuk beralih ke mata wang lain.

Satu kajian oleh Pusat Geo Ekonomi Atlantic Council tahun lepas menunjukkan bahawa dolar AS kekal sebagai mata wang rizab utama dunia. Mata wang euro ataupun mana-mana negara BRICS tidak dapat mengurangkan pergantungan global terhadap dolar.

Akronim BRIC, yang pada awalnya tidak termasuk Afrika Selatan, dicipta pada tahun 2001 oleh ketua ekonomiGoldman Sachs ketika itu, Jim O'Neill, dalam sebuah kertas penyelidikan yang menekankan potensi pertumbuhan Brazil, Rusia, India, dan China.

Blok ini ditubuhkan sebagai kelab tidak formal pada tahun 2009 sebagai platform kepada ahlinya mencabar susunan dunia atau world order yang didominasi oleh AS dan sekutu Baratnya. Afrika Selatan merupakan penerima manfaat pertama daripada pengembangan blok ini pada tahun 2010 apabila kumpulan ini dikenali sebagai BRICS.

BRICS telah pun menerima ahli baru seperti Mesir, Ethiopia, Iran dan Emiriah Arab Bersatu pada tahun 2023, dan Indonesia menjadi anggota awal bulan ini.

SUMBER: REUTERS

Intai TRT Global. Kongsikan maklum balas anda!
Contact us