Kerja membuat bom: Inilah cara bagaimana AS mengaut keuntungan dari peperangan Israel ke atas Gaza
Palestin
6 min membaca
Kerja membuat bom: Inilah cara bagaimana AS mengaut keuntungan dari peperangan Israel ke atas GazaWashington telah memberi sumbangan $23 bilion kepada Tel Aviv sejak 7 Oktober, 2023. 80 peratus daripadanya telah disalurkan kembali kepada pembuat senjata dari Amerika.
FOTO ARKIB. Pesawat pejuang Israel F-16 di landasan sebuah pangkalan udara di selatan Israel
22 Januari 2025

Perang Israel ke atas Gaza adalah stimulan untuk ekonomi AS dengan 80 peratus sumbangan ketenteraan kepada Tel Aviv dalam masa 12 bulan telah disalurkan balik kepada syarikat-syarikat Amerika.

Menurut laporan kertas penyelidikan yang diterbitkan oleh Costs of War dari Institute Watson Universiti Brown, perbelanjaan AS kepada tentera Israel dan operasi yang berkaitan di Timur Tengah sejak 7 Oktober, 2023 telah mencecah lebih kurang $23 bilion, satu jumlah yang jauh lebih tinggi dari tahun-tahun yang lain sejak Washington mula menghulurkan bantuan ketenteraan kepada Israel pada tahun 1959.

Syarat sumbangan ketenteraan menghendaki kerajaan Israel untuk menyalurkan kembali duit sumbangan tersebut kepada AS dengan membeli senjata dari syarikat-syarikat Amerika.

Syarat tersebut memastikan bahawa firma senjata Amerika akan mendapat pendapatan yang stabil dan ini pula akan memberi pekerjaan pembuatan yang stabil kepada komuniti kecil dan sederhana di AS.

“Program bantuan ketenteraan luar negara memerlukan kebanyakkan pembelian dibuat dengan syarikat-syarikat AS. Ini adalah perjanjian yang sudah lama wujud, dan AS menggunakan ini sebagai hujahan mereka memberi Israel bantuan sebegini,” komen Profesor Linda J Blimes dari Universiti Harvard memberitahu TRT World. Beliau juga salah satu dari penulis kertas penyelidikan tersebut.

Israel adalah salah satu negara dari kelompok kecil yang dibenarkan untuk membeli senjata terus dari syarikat-syarikat AS dengan penyeliaan yang minima.

Blimes berkata bahawa pentadbiran Biden telah menjustifikasi dengan secara terbuka bahawa perbelanjaan sumbangan kepada Israel adalah demi menjana pekerjaan untuk rakyat Amerika kerana pembuat senjata dari AS akan mengupah pekerja untuk mengisi semula stok senjata dan amunisi yang berkurangan.

Dalam perbelanjaan 2025, Rumah Putih telah memberikan rasionalisasi untuk permintaan tambahan kecemasan bernilai $92 bilion untuk keperluan mendesak keselamatan negara, termasuklah yang berkenaan dengan Israel dengan alasan ia akan menjana dan mengekalkan pekerjaan di merata-rata tempat di AS.

Hujahan tersebut adalah penting dalam konteks politik. Pihak Demokrat berhadapan dengan saingan hebat dari calon Republikan Donald Trump untuk pilihanraya presiden tahun ini.

Trump telah menggunakan hujahan kemerosotan dan kegagalan ekonomi AS di bawah pentadbiran Biden sebagai hujahan utama kempen beliau dan juga imigrasi.

Blimes menyatakan enam syarikat gergasi yang membekalkan senjata dan bahan-bahan lain kepada Israel – Boeing, General Dynamics, Lockheed Martin, Northrop Grumann, RTX (sebelum ini Raytheon) dan Caterpillar.

Syarikat-syarikat tersebut, bersamaan dengan pembekal mereka dan institusi-institusi kewangan telah mengekalkan hubungan komersial yang akrab dengan Israel yang merupakan pelanggan penting untuk mereka.

RTX, sebelum ini Raytheon

RTX adalah pembuat misil berpandu yang terbesar di dunia. Misil berpandu mereka mampu mengubah arah selepas ia dilancarkan.

Syarikat RTX menjual udara-ke-permukaan misil berpandu kepada Israel untuk kegunaan jet F-16 dan juga menjual enjin untuk jet pejuang F-15 dan F-16, menurut laporan penyelidikan tersebut.

RTX juga mempunyai usahasama bernama Rafael dengan syarikat senjata Israel. Ia menghasilkan pemintas untuk sistem pertahanan udara kubah besi Israel yang diprogram untuk menghalang permukaan-ke-permukaan roket jangka pendek yang mempunyai jarak 70-km.

Lloyd Austin, Setiausaha Pertahanan AS, merupakan bekas ahli lembaga Raytheon dan mempunyai pengalaman berkerja untuk industri senjata.

Kontrak pertahanan yang menguntungkan telah mengayakan syarikat Raytheon dengan nilai pasaran mereka telah naik sebanyak 84 peratus sejak 7 Oktober, 2023.

Lockheed Martin

Pembuat senjata terbesar di dunia, Lockheed Martin, membekalkan Israel dengan jet pejuang F-16 dan F-35 yang Israel telah gunakan dengan meluas untuk mengebom Gaza.

Ia juga membuat kapal terbang angkut C-130 Hercules yang digunakan oleh Israel untuk pencerobohan tanah pada tahun lepas.

Lockheed Martin menghasilkan misil Hellfire AGM-114 untuk helikopter Apache Israel. Pada bulan pertama perang Israel ke atas Gaza, syarikat tersebut telah menghantar 2,000 misil kepada Tel Aviv.

Pada 9 November, Israel menyerang dekat dengan Hospital Al Shifa di Gaza dengan menggunakan misil Hellfire R9X buatan Lockheed Martin.

Semasa panggilan dengan pelabur pada Oktober 2023, CEO Jim Taiclet berkata perang Israel ke atas Gaza berpotensi menjadi pemacu untuk menaikkan pendapatan syarikat tersebut untuk tahun-tahun yang akan datang.

Nilai pasaran syarikat tersebut telah naik kepada lebih dari 55 peratus sejak 7 Oktober, 2023.

Boeing

Pembuat senjata nombor empat yang terbesar, Boeing, membuat jet F-15 dan helikopter pejuang Apache AH-64 yang Tentera Udara Israel gunakan secara berleluasa di Gaza dan Lebanon dalam.

Israel telah menurunkan dua 250-paun bom berpandu buatan Boeing ke atas kem pelarian Tel al-Sultan di Rafah pada 26 Mei, membunah sekurang-kurangnya 45 orang awam.

Syarikat tersebut telah menghadapi kemelut kewangan untuk beberapa tahun sebelum ini disebabkan oleh bahagian komersial Boeing yang menjual pesawat penumpang.

Tetapi kini Boeing telah mengubah hala tujuan kepada pertahanan, angkasa dan keselamatan (BDSS) yang menghasilkan pelbagai model pengebom, helikopter, dan alat pengawasan elektronik, sepertimana yang ditulis dalam laporan tersebut.

Bahagian BDSS juga telah membuat kerugian dalam suku-suku tahun ini disebabkan oleh kos melebihi berkenaan kontrak pertahanan lama yang mengamalkan harga tetap dimana Boeing akan membida secara agresif sebelum pandemik 2020.

Pada suku tahun yang terkini, bahagian BDSS Boeing menerima tempahan bernilai $4 bilion dan tempahan tertunggak bernilai $59 bilion.

Siapa lagi yang mengaut keuntungan dalam perang

General Dynamics yang pada asalnya membuat jet F-16, adalah pembuat senjata ke-lima yang terbesar di dunia. Ia adalah satu-satunya syarikat AS yang membuat rangka badan logam untuk siri bom MK-80, salah satu peluru udara utama Israel yang digunakan untuk mengebom Gaza.

Bom seberat 2,000-paun adalah yang paling terbesar dalam siri ini, dan ia sungguh merbahaya kerana boleh membawa maut serta-merta kepada orang yang berada dalam radius 100 kaki, dengan serpihan-serpihan maut yang boleh terlontar sejauh 1,200 kaki. Israel telah menggunakan lebih dari 500 biji bom tersebut ke atas Gaza pada bulan pertama perang.

Nilai pasaran General Dynamics telah naik lebih dari 37 peratus dalam 12 bulan lepas.

Northorp Grumman adalah pembuat senjata yang ke-tiga terbesar di dunia. Ia telah menjual sistem penghantaran misil untuk helikopter Apache serta sistem laser penghantaran senjata untuk jet pejuang.

Ia juga pembekal kapal perang Sa’ar 5 yang Tentera Laut Israel gunakan dalam serangan ke atas Gaza.

Nilai syarikat tersebut telah melonjak sebanyak 28 peratus pada tempoh satu tahun.

Israel menggunakan jentolak berperisai D9 yang dibuat oleh syarikat AS, Caterpillar, untuk menghancurkan rumah-rumah rakyat Palestin. Israel telah menempah berpuluh-puluh jentolak berperisai D9 tambahan sejurus selepas 7 Oktober, 2023.

Nilai pasaran Caterpillar telah naik sebanyak 52 peratus sejak Israel mula menghancurkan rumah-rumah di Gaza setahun dahulu.

SUMBER: TRT World

Kazim Alam

Kazim Alam adalah penulis staf di TRT World.


Intai TRT Global. Kongsikan maklum balas anda!
Contact us