Palestin
2 min membaca
Israel menangkap 12 rakyat Palestin sambut pembebasan tahanan
Polis Israel menyerbu beberapa rumah rakyat Palestin di Baitulmaqdis Timur yang diduduki dan memperingatkan penduduk supaya tidak menyambut pembebasan tahanan di bawah perjanjian gencatan senjata.
Israel menangkap 12 rakyat Palestin sambut pembebasan tahanan
Pasukan Israel menyerbu beberapa rumah di Kafr Aqab di Timur Baitulmaqdis yand diduduki.
31 Januari 2025

Polis Israel menahan 12 rakyat Palestin di Baitulmaqdis Timur yang diduduki kerana menyambut pembebasan tahanan dari penjara Israel di bawah perjanjian gencatan senjata Gaza, kata polis.

Satu kenyataan polis pada hari Rabu menyatakan bahawa 12 orang itu ditahan kerana mengambil bahagian dalam himpunan menyokong seorang tahanan yang dibebaskan.

Kenyataan itu menyebut 12 rakyat Palestin tersebut dirakam sedang melambaikan bendera Hamas dan menembak peluru ke udara semasa himpunan di kawasan Kafr Aqab, Baitulmaqdis Timur.

Mereka akan dirujuk ke mahkamah pada hari Rabu untuk melanjutkan tempoh tahanan mereka, kata polis yang juga menambah bahawa pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan apa jua bentuk sambutan pembebasan banduan Palestin atau menunjukkan solidariti dengan Hamas.

Menurut media Israel, polis telah menyerbu beberapa rumah rakyat Palestin di Baitulmqadis Timur dan memberi amaran kepada penduduk untuk tidak menyambut pembebasan tahanan di bawah perjanjian gencatan senjata.

Fasa enam minggu pertama

Fasa pertama gencatan senjata selama enam minggu berkuatkuasa pada 19 Januari, menghentikan sementara peperangan genosid Israel yang telah membunuh lebih daripada 47,300 rakyat Palestin, kebanyakkannya wanita dan kanak-kanak, serta mencederakan lebih daripada 111,000 sejak 7 Oktober 2023.

Tujuh tawanan Israel termasuk empat askar telah dibebaskan sebagai pertukaran dengan pembebasan 290 banduan Palestin sejak perjanjian itu dilaksanakan.

Serangan Israel yang menyebabkan lebih daripada 11,000 orang hilang, dengan kemusnahan meluas dan krisis kemanusiaan yang telah meragut nyawa ramai warga tua dan kanak-kanak, menjadikannya salah satu daripada bencana kemanusiaan terburuk di dunia.

Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap pada bulan November tahun lalu terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant atas jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.

Israel juga menghadapi kes genosid di Mahkamah Antarabangsa (ICJ) atas serangan mereka ke wilayah Gaza

SUMBER: AA


Intai TRT Global. Kongsikan maklum balas anda!
Contact us