Artifak penting yang dipercayai berasal dari Empayar Ottoman telah ditemui dalam tapak penggalian kapal karam Kizlan Ottoman di luar pantai Datca di barat daya Türkiye, dan ini memberi penerangan berkenaan tempoh sejarah waktu kapal itu karam.
Menurut kenyataan dari Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, penggalian itu dilakukan oleh Pusat Penyelidikan Bawah Air dari Universiti Dokuz Eylül (SUDEMER) yang sebahagian dari Projek Warisan Biru.
Penggalian tahun ini telah menghasilkan penemuan penting yang dapat memberi penerangan tentang identiti kapal tersebut dan tempoh ia karam.
Antara penemuan penggalian adalah 14 senapang Janissary, lebih kurang 2,500 peluru plumbum, dan bola meriam yang meletup yang menandakan kapal tersebut terlibat dalam peperangan.
Tambahan pula, set mangkuk-mangkuk porselin bercat biru yang dipercayai dibuat di China untuk pasaran dunia Islam menandakan bahawa kapal tersebut mungkin sedang belayar untuk misi khas atau tugasan diplomatik.
Porselin tersebut ditemui dalam keadaan dibungkus dan ini menandakan bahawa ia mungkin adalah hadiah pemberian.
Barang peribadi yang dipercayai milik anak kapal dan askar-askar juga telah ditemui, termasuklah paip, sisir boxwood, periuk tembaga, serta jag dan balang seramik.
Seramik dari kawasan Djerba Tunisia mencadangkan bahawa kapal tersebut mungkin berasal dari Afrika Utara.
Kapal karam Kizlan adalah sejarah yang penting kerana ia julung kalinya bangkai kapal Ottoman yang mengangkut askar Janissary telah ditemui dalam perairan Turkiye.
Serpihan bahagian kanan kapal telah ditemui dan ini memberi informasi yang berharga dalam teknik pembinaan kapal tersebut.
Kesemua bahan bukti menunjuk bahawa kapal tersebut karam selepas perang pada separuh kedua abad ke-17.
Penggalian tersebut dijangka akan selesai pada 2025, dan penemuan baharu akan memberi maklumat baru berkenaan sejarah maritim Ottoman.