Ketidakpastian politik telah memberi tekanan lebih dalam saingan dengan China. Biden melawat Angola dalam lebih kurang 40 hari sebelum pilihan raya, dan ada peluang untuk bekas Presiden AS Donald Trump menjadi presiden seterusnya pada bulan November ini. Jikalau ini berlaku, Biden mungkin tidak akan dapat memenuhi polisi Afrika pentadbirannya: $55 bilion dalam pelaburan pelbagai sektor pada tahun 2025. Setakat ini, sebanyak $44 bilion sudah dilabur.
Trump enggan melawat Afrika semasa pentadbirannya pada tahun 2016, dan beliau kerap tidak mengendahkan pembiayaan tenaga bersih dan pendekatan diplomatik dengan Afrika. Mesej beliau kepada Afrika adalah jelas: ia bukanlah keutamaan dasar luar negara.
Manakala pengaruh ekonomi China tidak menghadapi kesukaran yang sebegitu. Pada sidang kemuncak pemimpin-pemimpin FOCAC di Beijing pada bulan ini, Presiden Xi Jinping memberi komitmen pembiayaan bernilai $51 bilion untuk benua Afrika untuk tiga tahun seterusnya, manakala dasar perdagangan yang konsisten memastikan bahawa China kekal sebagai rakan perdagangan nombor satu di Afrika Sub-Sahara.
Disebabkan oleh penglibatan yang kerap dilaksanakan dengan 53 negara Afrika, China juga di dalam kedudukan yang baik untuk memastikan objektif dasar utama dilaksanakan seperti mewujudkan satu juta pekerjaan baru di benua itu. Oleh kerana skala penglibatan ekonomi Afrika dengan China agak besar, Bidan perlu menepikan andaian bahawa matlamat utama Beijing di Afrika adalah untuk “melemahkan hubungan Amerika Syarikat dengan rakyat dan kerajaan-kerajaan Afrika.”
Perspektif ini mencerminkan keinginan untuk bertindak balas terhadap program pembinaan pengaruh China di Afrika, dan bukannya melihat hubungan AS-Afrika pada kekukuhannya yang tersendiri.
PGII vs. Belt and Road
Keputusan Biden untuk mengunjungi Luanda adalah satu gerakan yang bersebab.
Angola adalah bahagian utama Laluan Lobito, suatu projek utama Partnerhsip for Global Infrastructure and Investment (PGII) yang ditaja oleh Amerika Syarikat.
Laluan tersebut bertujuan untuk memperkukuhkan haluan kereta api di antara Pelabuhan Lobito di Angola, Demokratik Republik Congo (DRC) dan Zambia, dan ia dinobatkan sebagai saingan kepada Belt dan Road Initiative (BRI) China di Afrika.
Walaubagaimanapun, pembendungan BRI tidak membuahkan hasli. Pertama, Biden agak memilih berkenaan negara-negara mana yang akan dilibatkan dengan PGII. Pentadbiran beliau telah mengutamakan konsultasi dengan Angola, DRC, Tanzania, dan Zambia, manakala 52 negara-negara Afrika secara aktif terlibat dengan BRI.
Untuk menarik minat negara-negara Afrika tehadap PGII di rantau itu, Biden harus menjawab kesangsian Afrika terhadap tindak laku dunia barat. Ini termasuklah tuntutan untuk mengangkat sekatan jangka masa lama terhadap Eritrea, Selatan Sudan, Sudan, dan Zimbabwe dengan harapan untuk mempromosi kemajuan sosial mereka.
Adalah lebih logik untuk Biden menyusun kembali fokus kunjungan Afrika beliau dengan mengutamakan negara-negara yang merasa mereka ditolak tepi oleh keutamaan kemajuan dari AS. Pendirian yang tegas berkenaan sekatan yang kontroversi juga adalah kritikal untuk memenangi keyakinan negara-negara Afrika Bersatu, dan ini memastikan bahawa AS memandang serius berkenaan mengatasi cabaran yang dikongsi di seluruh benua Afrika.
Afrika Bersatu memainkan peranan penting dalam membentuk prioriti pembangunan serantau dan prospek integrasi ekonomi. Washington juga mengharapkan Afrika Bersatu untuk mengeratkan kerjasama AS-Afrika dalam ekonomi, keselamatan makanan, kesihatan, iklim, dan tadbir urus yang baik.
Kekangan kedua untuk PGII adalah keterhubungan merentas benua dan infrastruktur tenaga. Kedua-duanya perlu maju bersama.
Ada keperluan untuk Washington untuk meletakkan negara-negara Afrika yang paling kurang maju ditengah-tengah agenda PGII untuk tenaga serantau dan perdagangan global. Laluan Lobito membayangkan perdagangan antarabangsa dan akses kepada mineral melalui pelabuhan di Angola, tetapi ia mempunyai utiliti yang terhad untuk negara-negara Afrika yang tidak termasuk di dalam rantaian bekalan mineral kritikal.
Ini Adalah kelemahan strategik PGII kerana keterhubungan pengangkutan di Afrika masih lagi lebih fokus kepada akses untuk mineral kritikal. Melainkan jika Washington mengambil keputusan untuk mengembangkan saingan dengan BRI dengan melibatkan keretapi laju, pembangunan pelabuhan, rangkaian pengangkutan pelbagai modal, dan infrastruktur penjanaan tenaga, adalah agak susah untuk Washington membentuk semula pengaruh ekonomi dan menarik rakan-rakan strategik China ke dalam kelompoknya.
Melihat batasan pelaburan pelbagai sektor AS dan penawaran infrastruktur di Afrika, kunjungan Biden ke Angola tidak akan mempengaruhi program pembinaan pengaruh China di benua tersebut.
Tidak lain tidak bukan, ia hanyalah memenuhi satu janji yang lama diabaikan untuk mengunjungi negara yang kaya dengan sumber asli di mana pembangunan kerjasama terhad hanya untuk segelintir negara-negara Afrika.
SUMBER: TRT World
Hannan Hussain adalah Pakar di Initiate Futures, satu badan pemikir dasar di Islamabad. Beliau juga adalah seorang penulis. Beliau pernah menjadi Sarjana Fullbright dalam bidang Keselamatan Antarabangsa di University of Maryland, dan pernah memberi konsultasi untuk New Lines Institute for Strategy and Policy di Washington. Hasil karya Hussain telah diterbitkan oleh Carnegie Endowment for International Peace, Georgetown Journal of International Affairs, dan the Express Tribune (rakan International New York Times).