Berita
2 min membaca
Menteri Luar China menyeru dialog Sino-AS disebalik perlaksanaan tarif import
Presiden AS Donald Trump berkata pada Selasa bahawa dia tidak terburu-buru untuk berbicara dengan Presiden China Xi Jinping bagi mengurangkan ketegangan dalam perang perdagangan baharu antara dua ekonomi terbesar dunia.
Menteri Luar China menyeru dialog Sino-AS disebalik perlaksanaan tarif import
Sebagai tindak balas terhadap tarif baru AS, China telah mengumumkan tarif balasan sehingga 15 peratus ke atas beberapa import dari AS yang akan bermula pada 10 Februari.
8 Februari 2025

Kementerian Luar Negeri China menyeru dialog antara China dan AS pada hari Rabu apabila tambahan tarif 10 peratus ke atas semua produk China mula dilaksanakan oleh AS.  

Sebagai tindak balas terhadap tarif baru AS, China telah mengumumkan tarif balasan sehingga 15 peratus ke atas beberapa import dari AS yang akan bermula pada 10 Februari, memberikan masa kepada Washington dan China untuk mencuba mencapai satu perjanjian.  

"Apa yang diperlukan sekarang bukanlah tarif tambahan secara unilateral, tetapi dialog dan perundingan berdasarkan kesaksamaan dan saling menghormati," kata Lin Jian, jurucakap Kementerian Luar Negeri China, dalam satu sidang media rutin.  

Satu lagi rundingan baharu antara Presiden Trump dan Presiden Xi Jinping yang hasil daripada perbincangan telefon di antara mereka dua minggu lalu, dilihat sebagai kunci kepada potensi pelepasan atau penangguhan tarif AS, seperti yang berlaku dalam perbincangan dengan pemimpin Mexico dan Kanada pada Isnin dalam usaha mereka untuk mengelakkan tarif AS ke atas barangan Mexico dan Kanada.  

Trump juga telah membatalkan pengecualian yang dikenali sebagai "de minimis" ke atas tarif AS untuk penghantaran masuk, seterusnya menyekat kemasukan barangan China.  

Pengecualian tersebut sebelum ini membenarkan barangan bernilai $800 atau kurang dihantar ke Amerika Syarikat tanpa perlu membayar duti import, yang kebanyakannya datang dari tanah besar China dan Hong Kong.  

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), yang bulan lalu memberi amaran bahawa peningkatan dalam dasar proteksionis boleh menjejaskan pelaburan dan mengganggu rantaian bekalan, berkata bahawa, "adalah demi kepentingan semua untuk mencari jalan penyelesaian yang konstruktif untuk menyelesaikan perselisihan dan memudahkan perdagangan."  

SUMBER: Reuters

Intai TRT Global. Kongsikan maklum balas anda!
Contact us