Edibe Betul Yucer
Industri semikonduktor telah menjadi arena persaingan geopolitik dalam perlumbaan penguasaan teknologi.
Salah satu teknologi gergasi China, Huawei, telah dituduh menggunakan cip canggih dari Taiwan Semiconductor Manufacting Company (TSMC) dalam teknologi AI yang terkini meskipun sekatan dari Amerika Syarikat (AS) bertujuan untuk menghindari pengurusan tersebut.
Pendedahan terbit pada minggu lepas selepas terdapat laporan yang menunjukkan bahawa Huawei mengelak larangan perdagangan AS dengan berkerjasama dengan syarikat pihak ketiga seperti pereka cip Sophgo dari China dan syarikat alat penggalian mata wang kripto, Bitmain.
Walaupun kedua-dua syarikat tersebut menafikan dakwaan yang dibangkitkan, rekod-rekod pendaftaran korporat telah menunjukkan bahawa Micree Zhan, pengasas Sophgo, juga merupakan salah satu pengasas Bitmain.
Susulan sekatan Amerika Syarikat, China giat menggalakkan kemampuan diri dalam industri semikonduktor.
Hasilnya, pada bulan lepas, Huawei telah mula menguji cip Ascend 910C yang bakal menjadi saingan kepada cip H100 dari Nvidia.
Walaubagaimanapun, penggunaan cip TSMC oleh Huawei walaupun adanya sekatan perdagangan, telah menyemarakkan kembali debat berkenaan naratif China dalam kebebasan teknologi dan telah membangkitkan kerisauan berkenaan penguatkuasaan sekatan perdagangan global.
Seperti yang dilaporkan oleh Bloomberg, pergantungan Huawei kepada pengeluaran cip TSMC mungkin mencerminkan pergelutan China yang berterusan dalam pembuatan cip canggih dalam kuantiti yang mencukupi serta mempertikaikan kebolehan syarikat gergasi Asia tersebut dalam memproses cip mewah dan canggih secara domestik.
‘Taktik pintu belakang’
Menurut Tony Loughran, penganalisis risiko dan pengarah Zero Risk International, pengunaan pihak ketiga untuk memintas sekatan – satu taktik yang dikenali sebagai taktik “pintu belakang” atau backdooring dalam istilah Bahasa Inggeris – bukanlah sesuatu yang baharu.
“Taktik menggunakan pintu belakang atau perolehan dari pihak ketiga bukanlah kaedah baru dan sudah lama digunakan oleh banyak negara,” Loughran memberitahu TRT World.
Beliau menerangkan konsep tersebut dengan merujuk kepada contoh sejarah: “Pada kedua-dua perang Iraq, walaupun terdapat larangan minyak, negara-negara lain masih mampu menjual beli minyak dalam pasar gelap. Jika ada permintaan yang terlalu tinggi selalunya akan ada cara untuk memintas sekatan.”
Corak yang serupa boleh dilihat dengan Huawei.
Pemproses Ascend 910B berkemungkinan akan dibuat menggunakan teknologi canggih 7-nanometer TSMC, dan Bloomberg melaporkan bahawa sekurang-kurangnya satu dari cip tersebut telah ditemui dalam produk AI Huawei yang terkini.
Sejak disenarai hitam pada Ogos 2020, Huawei mengharapkan pengilang domestik seperti Semiconductor Manufacturing International Co. (SMIC) untuk perusahaan cip.
Namun, laporan berkenaan pengeluaran yang hambar untuk cip AI yang dibuat oleh SMIC – dimana hanya 20 peratus keluaran beroperasi seperti yang dirancang - menekankan kebatasan industri semikonduktor China yang mungkin telah memaksa Huawei untuk memperolehi cip dari sumber yang lain.
Bagaimana ia berfungsi
Proses memperolehi teknologi terlarang melalui saluran yang tidak langsung selalunya melibatkan pihak ketiga yang kononnya menyatakan bahawa mereka berurus niaga dengan pelanggan yang sah, tetapi secara berahsia menyalurkan sumber kepada entiti embargo.
“Ini selalunya melibatkan pihak ketiga yang akan kononnya memberitahu bahawa urus niaga mereka hanyalah dengan pelanggan yang sah, tetapi mereka juga secara beransur menyalurkan secara berkelompok kepada negara-negara yang dikenakan embargo.” pakar risiko Tony Loughran menerangkan.
Pada kes Huawei, cip tersebut mungkin telah disalurkan melalui pelbagai pembekal sebelum berakhir dalam tangan Huawei. Rantaian bekalan yang berbelit ini memintas larangan tanpa melibatkan pengilang secara langsung.
Loughran memberi amaran berkenaan risiko amalan tersebut: “Apa yang paling dirisaukan adalah jika cip semikonduktor ini boleh memintas sekatan dan larangan dengan begitu meudah, harus ada pintauan yang lebih serius dan peka terhadap produk sensitif dalam industri yang berisiko tinggi seperti senjata canggih dan sistem pertahanan.”
Loughran menyamakan situasi ini separti kes serangan alat keluli Israel.
“Senario sebegini serupa dengan kes alat keluli dari Taiwan yang telah dijual oleh kontraktor pihak ketiga yang telah mengubah alat tersebut untuk menjadikan Hezbollah sebagai sasaran.”
Perbandingan Loughran ini menunjukkan potensi akibat rantaian bekalan yang mempunyai sistem penyalarasan yang lemah.
Pergelutan untuk kemampuan diri?
Cita-cita China untuk kemampuan diri telah menjadi batu penjuru untuk dasar teknologi mereka. Presiden Xi Jinping menekankan keperluan untuk mencapai kebebasan teknologi disebalik tekanan yang kian meningkat dari dunia barat.
Walaubagaimanapun, melihat bagaimana Huawei bergantung kepada pemproses AI TSMC yang terkini menunjukkan bahawa cita-cita China masih jauh dari kenyataan.
Laporan tersebut telah memberi gambar yang terperinci berkenaan cabaran-cabaran Huawei dalam membuat cip sendiri pada skala komersial yang berdaya maju.
Selepas pentadbiran Biden memperkenalkan kawalan eksport yang ketat, TSMC dan pembekal-pembekal yang lain dihalang menjual produk atau khidmat kepada Huawei tanpa lesen eksport dari Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat kerana operasi mereka banyak bergantung kepada teknologi AS.
Akibatnya, Huawei terpaksa menjayakan perusahaan mereka secara domestik untuk hampir kesemua komponen dan ini merupakan satu proses yang menelan kos yang tinggi dari beratus juta ataupun berbilion dolar dan memerlukan beberapa tahun untuk dilengkapi.
Hasil pengeluaran cip 7nm SMIC yang terhad menunjukkan kesukaran dalam mencapai paras kualiti yang setanding dengan TSMC.
Hala tuju ke hadapan
Debat berkenaan akses Huawei kepada semikonduktor canggih akan berterusan. Loughran mencadangkan langkah-langkat proaktif yang pihak kerajaan dan syarikat teknologi boleh ambil untuk mengelak pelanggaran yang sebegini.
“Syarikat teknologi harus melibatkan audit bebas untuk mengesahkan integriti rangkaian bekalan mereka, lebih-lebih lagi berkenaan dengan perkara yang boleh dikenakan sekatan atau memerlukan pematuhan keselamatan yang lebih tinggi,” kata Loughran.
Langkah sebegini mampu mengekalkan ketelusan dan mengelak taktik pintu belakang seperti yang telah berlaku dalam kes Huawei-TSMC.
Tambahan pula, Loughran menjelaskan peranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam mengawal aktiviti-aktiviti sebegitu dan menekankan kepentingan kerjasama pada tahap antarabangsa.
“Peranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan potensi sekatan harus dikaji selidik untuk mengesahkan pendirian AS yang terkini,” dia berkata.
Pendekatan sebegini boleh membantu dalam membina rangka global dalam pengawalan dan penguatkuasaan sekatan, dan ia akan mengurangkan kebolehjadian pelanggaran pada masa depan.