Bisnes
5 min membaca
Bagaimana kacang kuda dan limau membantu Rusia, Pakistan memintas sekatan
Kedua-dua negara menghadapi keadaan ekonomi yang unik yang membuatkan perdagangan barter lebih menarik. Strategi sebegini boleh dijadikan sebagai rangka tindakan untuk perdagangan masa hadapan dengan negara-negara yang lain.
Bagaimana kacang kuda dan limau membantu Rusia, Pakistan memintas sekatan
Seorang budak lelaki melonggok sebakul buah limau dari lori di pasar buah dan sayur di Peshawar, Pakistan, 16 Januari 2019. / Gambar: Reuters
21 Januari 2025

Hannan Hussain

Bak kembali ke zaman perdagangan barter waktu dahulu, Pakistan yang kesempitan wang dan Rusia yang dikenakan sekatan telah mencapai perniagaan yang tidak menggunakan pertukaran wang.

Kedua-dua negara baru-baru ini telah menandatangai perjanjian berperistiwa, dimana firma Rusia Astarta-Agrotrading akan membekalkan 20,000 ton kacang kuda yang akan dibarter dengan beras dengan sukatan yang sama dari syarikat perdagangan dari Pakistan, Meskay & Femtee Trading Company. Produk-produk yang lain termasuk dhal dari Rusia yang akan ditukar balas dengan limau mandarin dan ubi Pakistan.

“Terdapat potensi yang besar untuk meningkatkan perdagangan di antara kedua-dua negara tersebut dan hari ini menandakan permulaan hubungan dua hala dengan Rusia,” Menteri Penswastaan Pakistan, Abdul Aleem Khan mengumumkan di forum perniagaan dan pelaburan Pakistan-Rusia awal bulan ini.

Dengan Rusia menghadapi peningkatan pengawasan dari mata dunia dan sekatan ke atas transaksi matawang disebabkan perang di Ukraine, perdagangan dengan Pakistan memberi Moscow peluang untuk memintas sekatan.

Perjanjian itu juga memberi ruang untuk Pakistan bernafas disebalik ekonomi yang merosot. Islamabad lebih cenderung untuk mengelak tekanan yang signifikan terhadap rizab pertukaran asing mereka dan melihat pertukaran tanpa tunai dengan Rusia sebagai situasi yang memanfaat kedua-dua pihak untuk teruskan perdagangan.

Perjanjian tersebut mempunyai pelbagai pro dan kontra, dan ia juga boleh dijadikan contoh untuk negara-negara lain yang menghadapi sekatan yang serupa atau masalah aliran wang.

Peluang

Dari sudut yang positif, perjanjian tersebut akan memberi peluang kepada banyak syarikat-syarikat Pakistan yang mahu membina hubungan perdagangan dengan Rusia. Sebelum perjanjian, perdagangan di antara kedua-dua negara adalah agak minima. Sektor eksport utama Pakistan seperti tekstil, kulit binatang, logistik, dan pelancongan sebelum ini tidak mempunyai titik permulaan untuk perjanjian perdagangan palsu dengan Moscow yang selamat dari sekatan.

Namun, perjanjian Astarta-Mekay membuka peluang untuk menjerumus dalam mengembangkan perdagangan tanpa membabitkan saluran perbankan merentasi sempadan. Firma-firma Pakistan dalam bidang teknologi agrikultur boleh menukar produk tanpa kerisauan melanggar sekatan dari dunia barat.

Kemerosotan ekonomi yang mendadak telah meletakkan had-had yang signifikan terhadap kebolehan Pakistan dalam penjanaan pendapatan dan ia juga mempunya kesan terhadap bayaran untuk import masa hadapan. Ini disebabkan oleh ketidakstabilan politik, inflasi, dan kenaikan nisbah hutang-ke-GDP.

Islamabad berhasrat untuk menambah perdagangan dua hala dengan Rusia kepada $4 billion untuk lima tahun akan datang. Ia akan menggunakan produk agrikultur untuk menambah rangkaian pengeksport ke Rusia tanpa perlu memberi tekanan tambahan terhadap rizab pertukaran asingnya.

Pada tahap serantau, perjanjian itu juga boleh menyemai penyelesaian perdagangan yang lebih luas untuk kedua-dua negara tersebut.

Kes Islamabad bukanlah kes yang terpencil. Moscow turut mengutamakan skema perdagangan agrikultur yang sama dengan rakan perdagangan nombor satu mereka, iaitu China, dan mereka telah pun memberi panduan kepada syarikat-syarikat untuk melaksanakan transaksi sistem barter.

Pengalaman berdagang secara barter dengan Rusia boleh digunakan sebagai garis panduan untuk Pakistan berdagang dengan negara-negara lain yang menghadapi sekatan, lebih-lebih lagi dengan Afghanistan dan Iran.

Ini juga termasuk cara untuk mengimport minyak mentah, gas asli, sayur-sayuran dan jentera perindustrian dengan meluaskan rangka sistem barter yang wujud sekarang, serta memastikan penyertaan yang memuaskan dari entiti kerajaan dan swasta di masa hadapan.

Kekangan

Namun, terdapat beberapa had dalam mengembangkan perdagangan barter Rusia-Pakistan.

Contohnya, perjanjian berperistiwa menghadkan nilai perdagangan kepada produk agrikultur apabila terdapat nilai tambahan dari sektor-sektor yang lain yang perlu diberi lebih perhatian.

Sebagai contoh, kita lihat pada sektor tenaga. Pakistan tidak boleh menggunakan sistem barter untuk bahan-bahan yang mempunyai harga yang tinggi seperti gas asli cecair (LNG). Pengeluar domestik Islamabad terpaksa bergelut dengan krisis tenaga yang serius, dan mereka kekurangan dalam produk eksport yang boleh memenuhi permintaan Rusia.

Kedua, selagi Pakistan mengharapkan kepada logistik dan sektor pembekalan makanan Rusia untuk menaikkan perdagangan dua hala, perdagangan sistem barter tidak mungkin akan saling menguntungkan kedua-dua pihak.

Pengajaran dari Mekanisme Perdagangan Barter Bisnes-ke-Bisnes (B2B) 2023 telah meletakkan kekangan dalam perspektif.

Walaupun rangka perdagangan diperpertimbangkan untuk Iran, Afghanistan dan Rusia, kaedah barter yang berasaskan import masih menghadapi cabaran dalam meyakinkan syarikat-syarikat Rusia. Sejauh mana perjanjian baru agrikultur akan mempengaruhi eksport masa hadapan yang akan berpihak kepada Pakistan masih lagi belum diketahui.

Tetapi, ia jelas bahawa keutamaan dasar perlu fokus kepada perkembangan nilai eksport. Lagipun, lebih dari 60 syarikat Pakistan yang mahu mengeratkan hubungan perdagangan barter dengan Rusia, tetapi nilai eksport mereka yang bernilai $500 million kurang daya saing.

Seperti contoh, syarikat-syarikat India dalam bidang tenaga, pengilangan, dan baja mempunyai potensi untuk menaikkan perdagangan India-Rusia kepada $300 billion. Jadi, perjanjian agrikultur adalah peluang yang jarang berlaku untuk Pakistan melabur dalam pengeksportan sektor agri-makanan serta membawa masuk lebih banyak syarikat.

Kerjasama agri-teknologi mewah Rusia boleh menawarkan beberapa penyelesaian. Contohnya, Pakistan boleh menyenaraikan sokongan Russia dalam pertanian berjentera dan teknologi pintar yang lain untuk meningkatkan pengeluaran tanaman. Ini pula akan memberi kesan positif kepada eksport jangka terdekat dan boleh menolong mengembangkan jenis-jenis produk agrikultur yang didagangkan dikalangan syarikat-syarikat masa hadapan.

Peluang-peluang yang disebut mengatasi kos apabila membincangkan perdagangan barter Pakistan dengan Rusia. Walaupun ia mempunyai impak terhad kepada perkembangan perdagangan, perjanjian tersebut mempunyai potensi untuk membuka jalan kepada pertukaran komoditi yang pelbagai dengan negara-negara lain yang menghadapi sekatan, termasuklah Iran dan Afghanistan.

SUMBER: TRT World


Intai TRT Global. Kongsikan maklum balas anda!
Contact us